Friday, August 28, 2009

Bila Orang Bagi Makan...

Hello guys. Been a while tak post pape entry. Masih sempat lagi i nak wish Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam yang membaca blog yang best lagi cool ni *pendapat tuan tanah ye*


Fyi, skang tgh cuti sekolah kan? so tuan tanah dgn rasa bangga nak bitau yang tuan tanah juga tak keje for a week. Tuan tanah jugak amik kesempatan memenuhi invitation berbuka puasa dari a good friend of mine, well sisters actually. i dah anggap diorang mcm my sisters.


I had fun during the makan2 session. Kenal dengan kawan2 baru. Well biasa la, bila berkenalan dgn org2 baru ni semua tak caya profession tuan tanah. jangan kata org lain, tuan tanah pun masih tak caya dah sebulan bergelar pendidik. *winks* Anyway, mari layan gamba2 ini.






I really2 love both above pictures. sangat menarik. thanks to the photographer, Lisa Edora. Yang berbaju kurung hitam digamba bawah ni ye.


















Lepas sesi bukak pose, sempat lagi sesi minum2 di Darussalam kat SS15. Time ni klaka bila one of them abeskan roti bom tuan tanah. slamber? takpe la. kata nak kawan kan. sharing is caring.






Dalam masa yang sama, 3 hari berturut turut keluar melepak bersama Nadia, Hafiz, Syed, Karnain dan Erwan. Syed baru je balik semula ke Ukraine last Wednesday. We gonna miss u Syed. jangan lupa pinang aku okeh!




Bagaimana hari2 anda pula?

Monday, August 17, 2009

Tak Terduga Sudah

Minggu ni dah masuk minggu ke empat aku jd seorang cikgu di sebuah sekolah yang penuh nostalgia kenangan lama tapi agak menyakitkan hati. Hari ni saat melangkah kaki ke sekolah, aku rasa lain macam. JIWA KACAU! kalau bole nak chat ym je diam2, nak on fb diam2 and komen2 status org dgn geng gottagetget so IM SURE I WILL RASA SENANG HATI.


Siap dah mengadu dgn geng gottagetget yang hati ku kacau arini. tp ku gagahkan juga masuk kelas 2K5. Mengajar seperti biasa. Mereka sangatlah HYPERACTIVE. Ada yang banyak cakap, banyak jalan2, dan ada jugak yang banyak menipu!


Tapi hari ni aku dah takleh sabar dgn perangai yg SANGAT KURANG AJAR dan BIADAP sesetengah murid2 dlm kelas tu. NOT ALL ok. 3/4 of the class sangat la MACAM LAHANAD! Provokasi yang diorang tunjukkan tu membuatkan rasa marah meluap luap sampai aku rasa dah kena rasuk syaitan. Ikutkan hati, ikutkan perasaan mahu lunyai budak2 tu aku kerjakan. Well, if tak dpt physically, aku bole je guna mulut. Macam dulu2 bila gaduh dgn adik beradik. YES, aku mmg terkenal dgn CURSING. so PLEASE BEHAVE YOURSELF.


Rasa nya sampai nak menitiskan air mata bila diorang tak respect and tak takut pun pada cikgu yang ada depan kelas. Seluruh anggota badan ni menggigil menahan marah yang teramat. Jerit pekik cikgu ni diorang rasa mcm kemenangan pada diorang. TIADA LAGI istilah RESPECT YOUR TEACHER LIKE YOU RESPECT YOUR PARENTS.


And paling aku regret arini bila perkataan BODOH terkeluar dari mulut aku harini. Kalo bagi org yang mengenali aku, mesti sedia maklum betapa mudahnya aku nak curse other people. Tapi aku sedaya upaya control habit ni bila kat sekolah. Even kalau aku dgr student ckp bodoh, aku marah kan dia. Tapi arini terkuar jugak perkataan bodoh pd students. I really regret on that! Bukan apa, bila dah mula ckp bodoh, esok lusa perkataan apa pulak kuar dari mulut aku?




Honestly, kalau ada offer kerja yang better dan sesuai utk aku, aku takkan pilih option menjadi CIKGU. Tak pnah terlintas dan TAK PNAH MAHU menjadi cikgu. Sebab aku bukan org yg ada tahap kesabaran yang tinggi. Aku sangatlah pemarah, pendendam dan bermulut agak kurang ajar! Kesian pada budak2 yang mahu belajar. terbabit sama kena marah. I hate this part. when aku diduga sebegini rupa!

Thursday, August 13, 2009

How Lucky Are We?

Have u ever heard of Tourette Syndrome? Basically, Tourette syndrome is a condition that affects a person's central nervous system and causes tics. Tics are unwanted twitches, movements, or sounds that people make. To have Tourette syndrome, a person must have two tics that affect body movement and one that is a sound.


Well, this syndrome bukanlah one kind of decease or what not, ia seperti salah satu extra behaviour yang ada pada seseorang. Tak boleh di control dan lebih cuak/cemas seseorang yg ada tourette syndrome lebih kuat la bunyi2 yang bakal dihasilkan.


Korang paham ke? Ala dia mcm sedu. kita tak dpt control sedu kan? mcm tu la bunyi nya tapi kadang2 sampai tahap yg annoyed juga la. Tapi bila pk balik, mcm la org tu nak sgt ade syndrome ni.


Used to watch satu movie yg bercerita pasal a boy yg ade tourette syndrome berjaya jadi cikgu walaupun dengan kelemahan yang ada. bayangkan benda ni tak leh control, people will get annoyed easily. nak amik exam pun kesian pada org dekat2 sbb terganggu.


Beruntung nya saya hidup sihat, normal mcm org lain. I ada sorang student i yg ada syndrome ni. KESIAN! he cant even write or read dgn betul sbb benda tu keep happening. Bayangkan dalam ujian, murid2 lain annoyed dgn dia sbb dia mengeluarkan bunyi2 yg agak menganggu org lain. And bayangkan jugak betapa susahnya dia nak focus utk baca even satu perenggan ayat.


Skang, i bertekad utk cuba menjadi cikgu yang baik dan memahami anak-anak murid. For this special boy, dont worry uve got my attention.xoxo




Sekian ucapan patriotik kite pada malam ini.

Thursday, August 06, 2009

Malu Gila

Hello everyone. Meh nak citer satu incident berlaku 2-3 hari ni. Dimulakan dgn asal usul 5 jejaka. Few months ago, ada 5 jejaka pindah dan menyewa selang 2 pintu dari rumah saya. Abah saya yg lagaknya macam ketua kampung, pergi la berkenalan dengan mereka. Ye la, kena la kenal jiran tetangga kan? ha kalau korang nak tau 5 malay guys ni ada 5 motor and 5 kereta. Dah mcm kenduri plak kalo sume parking kete depan umah. hiks


Rupa2 nya turn out 5 jejaka ni are bachelor teachers. Menurut kata Abah diorang mengajar di sebuah sekolah di area rumah kami ni. (kat sini ade 2 skola and they are working in sekolah A). Fyi, saya tak pernah bertegur sapa dengan mereka. Kang bile senyum kata nak menggatal pulak kan. So selagi bole tanak terserempak sbb ade yg ngajar pagi ada yg petang.


Korang pun tau skang saya dah jadi kat sekolah R which is nearby our houses too. As usual, saya kua umah around 1245pm. So semalam start kete, panaskan engine then ternampak la one of cikgu kuar dr umah and start the moto. "oh nak g skola cikgu tu" kata saya dlm hati.


I pun terus drive ke sekolah and turn out dia pun masuk simpang yg sama and park his bike btol2 tepi i park my car. I tekejut! lagi terkejut bila dia bukak helmet and found out he is Cikgu A!!!!! (maap takleh la bitau nama dia) OMG! seminggu ni dia tak pnah tegur i. and turn out dia jiran saya? hadoi!


So hari ni im trying to be nice. senyum 2-3 kali bila terserempak. dia buat bodo je okeh. mcm la saya ni kecik bebenor sampai dia tak nampak kan? so give up. skali masa cikgu2 melepak sementara nak tunggu 640, cikgu2 sibuk nyanyi lagu rihanna umbrella dgn tujuan mengejek saya la kan. sekali dgr satu cikgu ni jerit "weh ella, ko duduk dkat dgn umah si A ye?!" Terkujat lagi saya. saya pandang si Cikgu A, tp dia wat tatau je. "sape ckp?" saya bertanya. cikgu tu pun jawab "si A la cakap nih"


SIOT! dia sedar rupanya kewujudan saya, saya sbg jiran, sbg teman sekerja bagai. tp bila saya senyum pasal tamau senyum balik? hello encik A, sedekah sket senyuman boleh? Saya dah relief kelas2 awak last week tau. awak sibuk g kursus, saya jaga kelas awak tau!


tatau nak komen apa. malu ada, segan ade. ye la, dia bukan kenal i as Teacher Nazla, tp kenal as jiran. saya pakai apa, kua kul bape, balik bile, forsure dia tau kan? haha kantoi la cikgu nazla idok la rupa cikgu bebenor kalo kat luo. haha






kalau Cikgu A baca ni, senyum la sikit pasni ;D

Sunday, August 02, 2009

5th Day Working

Hey guys! Hows ur weekend so far? Mine? So-so. Ada yang best, ada yang tak best. Tapi kan nak share something dgn korang.


Jumaat haritu I kene jaga satu kelas ni. Peralihan 1. Dlm tu semua student2 form 1 yang failed BM masa UPSR dulu. Oleh kerana cikgu diorang tak dtg, i kena la relief (kata pun budak baru masuk keje hiks).




So I checked la kat peta given by one of teacher kat sini. Sekali tgk, rupanya kelas P1 ni dulu kelas waktu i form 4. We used to call that area "New Zealand" due to environment. Dah la kelas papan je, pastu ade pokok besar dan rendang. Pastu ada tangki air which was tempat kami melepak dulu2.




Banyak gila kenangan kat sini. Lepak makan ice cream after waktu rehat kat bawah pokok. Bila waktu gap antara subject je lepak kat tepi tangki. Main kejar kawan sambil bawak penyapu, kacau kawan2 kat kelas papan lain or even cabut lari dari skola sebab blakang kelas papan ada pagar yg roboh. haha




Korang tanak caya ke? Pasal lepak kat sini la kami sume even pengawas kena tolak markah penalti. Sebab melepak di tangki. elehh mcm la kami nak mandi dlm tangki ni kan? ingat jugak kat tangki ni la one of our friend slalu jd mangsa sorang lg kwn yg berlagak mcm The Rock dlm WWF. haha comel! teringat gak sorang kawan buat aksi yg agak merbahaya kat sini.


Tak caya jugak? Ha kejap ye.




Tadaaa!! tgh ni Lobo buat aksi. Ada banyak lagi gamba kami kat tangki ni. tapi, tak berscan. nnt la i cuba scan gamba then i will post kat sini.


Rindu nye zaman sekolah *sigh*

Wednesday, July 29, 2009

rimas.lemas.

after 2 days in school, sehari di sesi pagi, sehari di sesi petang, aku masih tak sure apa aku buat ni. some says u deserve better. Tapi apa yang sbenanye better for me? or apa yg the best for me? so people will answer "u ask urself, apa u nak sbenanye".

Masalah skang aku pun tak sure apa aku nak! tgk pada kawan2 yg dah lama nganggur and menerima je tawaran menjadi cikgu kerana tu je yg ada depan mata sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan aku utk mencuba.

Aku sedar aku ada 2 masalah besar. Pertama, aku selalu rasa was2, tak yakin dan tak confident pada diri sendiri. Kedua plak kalo aku nak buat satu benda, aku nak berkawan. kire nnt ilang la sket rasa tak yakin tu. skang kwn2 lain dpt sesi pagi. aku terkontang kanting sesi ptg sorang2.

Masuk sesi ptg, penyelia ptg tanak bg aku ganti2 cekgu tak dtg ni. dia nak buatkan jadual aku. tapi so far smalam keje aku duduk je dlm bilik guru. got nothing to do. mcm org gila. naseb ade mp3player. Tapi aku tgk ade gak cekgu2 bawak laptop pastu bukak facebook bagai. aku nak bwk, tp kang nampak poyo. tak sampai seminggu dah bawak laptop bagai.

Sudahnya, thanks to satu cekgu laki ni, sbb dia ade hal dgn PPD, dia suh tgk kan kelas dia. ha at least ade gak benda nak buat dari aku asyik berfikir bukan2. jaga kelas belakang2 bukan nye mudah, tp aku cube jd kawan2 diorang dgn harapan diorang respect la pada aku kan.

Ntah la, skang aku masih tak sure dgn apa aku buat. ade kata bg masa 2 minggu cuba. ikutkan hati skang jugak nak blah. terasa dunia mengajar ni bukan minat aku. tak pnah terlintas nak jd cekgu. apatah lg kat skola sendiri!

Monday, July 27, 2009

Macam Tak Percaya Je...

Hello uols. How r u? How was ur weekend? how about ur Monday? Moga2 semua yang kita buat diberkati hendaknya. Ameen!


Hari ni kan hari pertama i kerja setelah 3 bulan menjadi penganggur terhebat. Ye kawan2, saya dah melaporkan diri ke satu sekolah which was my previous school hiks. Pada yang kurang paham, dipendekkan cerita saya sudah menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah tersebut.


Nothing much happened on my first day at school. of course la cikgu2 sana ada yang gelak2, ada yang bangga, ada juga yg mcm tak percaya i pun jadi cikgu. ye la, dulu pun i ni one of the naughtiest in the school. notty je k? tak jahat tau!


Tapi skang zaman dah berubah, students are become meaner and rude to each other and to their teachers. Terkejut dgn environment tu tau. Tapi cekalkan je hati, even ada la mcm tersentap sket dgn perangai bebudak tu. Tapi kite nak expect ape kan? Kalo ada yg baik tu baikkkkkk sangat. sampai bersedia tlg cikgu baru ni. kalo dah jahat tu, depan kite dia leh tny org sebelah apa jawapan soalan no 7 even cikgu kat depan dia.


Currently tgh exams week, so sume org busy with studies. ye ke busy dgn studies? kalo kelas depan2 ye la. kalo kelas blakang2 busy jadi ntah apa apa. beza nye bila jaga budak kelas pertama dgn jaga budak kelas belakang2. Bayangkan tgh exam ni, budak kelas sebelah bleh masuk kelas i jaga tu and borak dgn kwn dia yg tgh exam pastu blah cmtu je. WAKTU I ADA DALAM KELAS ok?

Takpela, baru 1st day kan? usaha lagi! oh ya, fyi i will be teaching utk sesi petang mulai esok. harap2 murid2 tingkatan 1 dan 2 masih lagi berdisplin dan mendengar kata. Tak banyak pun sikit jadi la kan? Sebab ive been there. i pun pnah nakal. i pun pnah kena halau dari kelas. but still masih tau batas2 antara students and teachers.




Really hope for the best after this. Wish me luck ya ;)

Wednesday, July 22, 2009

Saya tak mahu jd stereotaip

hey guys. been a while gak tak post pape. bukan tanak, hari2 gak tgk blog cume tatau nak blog pasal apa. tapi arini mcm ade la satu citer nak habaq mai kat hangpa suma. hangpa tau dak yang kami ni dah lama nganggur. tapi dak la lama mana, ada la 3 bulan hiks.


Last Monday kami pegi attended la satu interview. Ala bukan dari sapa pun. Dari tempat lama kami buat practical dulu la. Tapi kali ni lain department. they offer a contract basis nye vacancy. for 6 months and renewable. tapi pelik nya, 4 org skali interview tau. haa ketaq lutut la kami ni. elok2 tau apa nak jwb teruih berterabur ayat2 kami. mmg clumsy and look stupid gila la kami waktu tu. Kami pun frust la. rasa mcm not went well kan. balik siap nanges kat mak lagik.


Oleh kerana kami dah frust, kami decided ikut kawan kami appy jd Guru Sandaran Tidak Terlatih. toksah la tanya kami pasai apa nama nya gitu. ni kire guru contract la. sbb aritu kerani skola kami dulu ada offer. memula rasa sangsi, buleh ka? tak kena tulah ka? tapi dah oleh kerana mikirkan mak yang asyik harap anak dia ni keja cpat buleh tlg abah, kami cuba la jadi cekgu ni.


So tadi kami g skola amik satu surat nih. Ala2 surat sokongan gitu. Akak kerani kata "adik pegi Pej Pendidikan Daerah (PPD) jumpa sama Si Polan ni mintak sign je. Tapi g la balik tukar baju formal sket" Lalu kami dan kawan pergi la PPD lepas dah berpakaian ala ala gomen formal. Sampai sana, pokcik receptionist kata tunggu sat. Si Polan tu ada jumpa org lain. After 1 jam menunggu baru la kami dan kwn bole masuk bilik Si Polan ni. Dalam pada kami2 ade dlm bilik dia, dia tu kua masuk bilik. ntah pegi mana. alih2 suh kami2 isi borang. dah la nak dptkan borang pun payah! pegi potostat sampai 10 minit?


Dia suh la kami2 isi borang, dia pun kua. Tunggu punya tunggu kami2 siap usik2 barang dia baru la dia mai. Dia tgk sume borang bagai satgi dgn slamba dia ckp "ok, esok dtg ptg jumpa saya". Kami punya hangat dan tensi la. rasa mcm nak kuar sume kata2 carut bagai. tp kami kan nak jadi cekgu, mana leh carut2 ni dah ;P


so sbenanye kan, apa kami wat arini? Letih gila!

Tuesday, July 14, 2009

My Sunday.

Hello everyone. Enjoy some pictures :D











No captions due to lazyness

Friday, July 10, 2009

Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku


*sad song for a sad girl ;(



Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

Monday, June 29, 2009

Blast Weekend

Hello korang. Hows ur Monday so far? Mine? Back to normal mode la kan? Kalau korang hates Monday. I hate weekdays. Sebab kawan2 tak ramai available utk lepak2 except malam la, tu pun kalo tak busy. Btw, apa korang buat weekend korang aritu? I had a blast weekend! Im sure ramai pun having fun and ade juga yg relaxing at home je kan? Tapi takpe, check it out apa yang i buat last weekend.


Last Friday went out with my siblings. Siblings here mean my officemates hehe. kitorang panggil group kitorang siblings. pastu ade extra cucu and sepupu. Hasil dari kerajinan Abey and Alimi, kami berjaya menonton Transformers Revenge of The Fallen (TROTF) di GSC Times Square. Thank you korang ;D Wayang tu pukul 10.40pm so sebelum tu apa lagi? Sesi karaoke la dulu. Thanks to Kak Zita yang sudi menyapot sesi melalak itu.



Sesi "menyumbangkan" suara ni makan masa dalam 2 jam dan masing2 cuba menunjukkan bakat yang sedia ada (i wish) We had fun singing and dancing together. The session ended dgn lagu Lets Get Loud by J-Lo. Gempak gila rupanya siblings saya ni. Sume nye sporting blaka.



Pastu straight ke Times Square utk menonton wayang yang dah kutip USD50 juta worldwide tu. Tapi ada juga slack nye sesi nonton kali ni. sbb 10 of us tak dpt duduk sebaris. ya la, org len pun dah belik dulu. Sudah nye 5 dekat barisan B, 5 barisan D. bole la tu kan? Nak tau cmne kami setelkan sape patut duduk mana? Ha. kami lat ta li lat pastu jus plak amik anak anak kapal. hahaha comel je kami 10 org ni. sume dah dewasa. tp bila get together, masya allah sebijik kanak2.


Jap nak komen citer TROTF, ntah i yang sensitive malam tu or citer tu mmg touching? Memula je i dah touched when Sam jerit je Bee, terus robot tu datang. Setia kan? ada tak org akan buat cmtu pada i? hahah gila berangan. Pastu part optimus prime tu kan (tak mau la cite takut ada yang belum tgk) banyak la part dalam cerita tu i rasa touching gila. sampai bergenang jugak la air mata. tp idok la sampai menanges teresak esak. But i really like this movie. dia nye Autobots makin besar2, makin banyak and makin menarik! I dont mind watching this again and again and again :D



Sabtu malam plak i went to Konsert Mini Cerita Cinta Rossa di KL Live, Life Centre. Thanks to Leely sebab bawak saya pegi. VIP ticket lagi okeh ;D Tapi yang paling best, dah la free VIP ticket, clear view dari tempat, satgi diterbangkan khas Pasha Ungu skali utk konsert mini tu. Mau tak menjerit jerit sume gegadis, mak gadis yang ade. hehehe omg i think im in love with Pasha la. Rossa sangat cantik malam tu. Pasha? opkos la ganteng. hehe



The concert hosted by Anne dari HotFM then ada opening show by kumpulan Sofaz. Sangat energetic la mereka ini. tapi bole ke kalo ckp gitarist lebih menarik dari singer? ;D 4 lagu kot diorang nyanyi then baru la kuar Rossa buat persembahan. OMG! shes cute and shes small! Baju2 yang dia pakai pun cantik2 blaka. and i must say that Rossa sangat pandai berkomunikasi dengan peminat la. and she cried bila hanya lagi Hati Yang Kau Sakiti. Bak kata Rossa lagu ni pasal kawan dia. Tapi ye ke? hehehe



Tapi Rossa mmg best la. Sape je yang tak tahu lagu Pudar? Lagu Ayat Ayat Cinta? Lagu Tegar? or maybe lagu Terlanjur Cinta? hehehe Rossa berduet dgn Pasha utk lagu Tercipta Untukku dan Terlanjur Cinta. Adoii mereka sangat kiut. Jeles i bila tgk diorang pegang2 tangan gitu. hehehe oh tidak, saya sungguh tergoda dgn Pasha. sampai sambil menaip ni pun sengih sorang2.








Ok abes cerita sabtu. Ahad plak, went out with a good friend of mine. well some sort of sister pun ada. Went out to One Utama. Kalau kuar dengan akak ni. Makan je. Tiada yang lain. Gossip2 sket, makan lagi. Gossip2 sket, makan lebih ;D hehehe Well, i did enjoyed going out with her. Thanks kak :D




Ha panjang tak pasal my last weekend? Tak kisah la kite pegi mana pun. Tak kua pun takpe, janji kita disamping org2 yang kita sayang ;) and i love them very much. Thanks sebab having me in ur precious weekend. xoxo.


Have a nice weekdays yall ;)

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Abah



Apa fungsi seorang Abah dalam rumah?
Selalunya orang akan kata Ketua Keluarga


Tapi fungsi Abah dlm keluarga naz lain tau. Abah la selalu nya yang akan meneutralkan keadaan dalam umah. ye la, kalo dah anak bini asyik ribut taufan, abah la slalu redakan. Abah gak slalu masak utk kami sekeluarga. Sebab abah mmg suka masak walaupun tak la nak makan sangat. Abah jugak sumber kewangan utama keluarga sejak mak dah bersara. Abah jugak yang selalu tak marah2, tak bebel2.


Dia akan diam, lihat dan bersuara jika perlu. Abah jugak lah yang akan selalu call naz di tgh malam utk bertanya di mana anak nye berada (ni pun lepas mak bebel2), abah juga akan redakan kemarahan naz yg kdg2 meluap luap tak tentu pasal.


Oleh kerana Abah juga la naz akan berfikir 2-3 kali atas tindakan yang dah dibuat atau mahu dibuat. Tak sampai hati rasanya nak luka kan hati Abah. Masih teringat kali pertama naz nak pakai kasut sekolah yang bertali, tetiap pagi Abah yang ikatkan. (naz tak reti ok) Abah belikan roller blade utk naz sbb dia tau naz jeles abang beli roller blade pakai duit sendiri. Sampai satu tahap, Abah belikan kereta utk naz sbb tanak naz terasa hati bila Abah bagi kereta pada abang.


Adik takut nak fikir bagaimana hidup adik kalau tanpa Abah disisi. Adik sayang Abah. Selamat Hari Abah. Moga Abah sihat selalu.

Saturday, June 13, 2009

Secara Rasminya....

Setelah berpenat lelah, naik tangga turun tangga kelas. salah parking kena saman dgn cikgad dan rungut sana sini. Tapi semua nya berbaloi bila.....



Saya dah dapat status TAMAT untuk Bachelor in Business Administration (Finance) from UiTM. COngratulations to everyone especially Geng Bus Sekolah (Afzan, Nadiah, Azra, Jery, Jaa, Lyas, Lai dan yang lain2.) Congrats to Efy and Dyla too. We've made it!






p/s : Click the above picture to enlarge view ;D

Sunday, June 07, 2009

Kelantan Darul Naim

Hey u ols. how r u? lama gak naz tak post entry kan? bukan ape, kemalasan sedang melanda di segenap tubuh anggota badan naz ;D





Last Wednesday, I went to Kota Bharu with my parents. Biasa la, destinasi wajib utk kuarga saya. SANGAT SESUAI untuk mak, abah dan saya jugaa ;D So we stayed at Grand RiverView Hotel for 3 days 2 night. Service was good. Extra service utk kami bila nampak mak bertongkat. Thanks to the management atas layanan yang istimewa. RM260 for queen bed size utk satu malam. ala berbaloi la. serious tau. ade 1 queen bed size and banyakkkk gila space utk tidur di bawah.


Kat sana, mak sempat la membeli beberapa helai tudung yang agak glemer pada mata pandangan saya yang tidak la mahu memakai sesuatu yg glemer sangat. Abah? jgn ckp la. segala jenis buah buahan dia beli. Durian, Dukung, Rambutan, Laici, Mangga, Sentul, bla bla bla


Saya? Cadang nak beli tudung baru. ye la buat stock kan. tp too bad, mek2 jual tudung kata tudung yg naz nak tu ketinggalan zaman. dah tade trend. Siot je dia sound kan? Bukan sume org nak pakai tudung lip lap. Org seperti saya yang tidak la memakai tudung 24jam harus la tidak berkenan tudung lip lap. Investment tudung sampai Rm100+ each? Oh tidak ;D

Kat sane juga, sempat gak kami makan kat New Horizon Garden. dgr2 citer kedai makan tu Kedai makan utk kerabat diraja. ye ke? bese je naz tgk. konon2 selalu kerabat diraja je dtg situ makan. pastu kan, ade satu kepelikan. kenapa banyak signboard "PROJEK DIRAJA" apa maksud nye ek? Contoh kan kata la satu projek buat bangunan kedai. nnt ade la signboard "Projek Diraja". Ade sape2 org Kelantan kat sini yg bole terangkan?




We checked out around 930 and gerak balik around 10.30am and lepas je Gua Musang, jalan jem gila. ni bukan gila lagi. TAK BERGERAK FOR 7 HOURS! due to lori terbalik dan mem block dedua jalan. sudahnya dari kota bharu ke klang makan masa selama hampir 16 jam! SYABAS! Dah lepas dari lori terbalik, lori rosak di dedua lane. so sume org tanak beralah. ye la, dah 7 jam stuck tak bergerak. sape je nak beralah kan? Org2 yang stuck dlm jem ni dah mcm picnic atas jalan raya. bole baring2 atas jalan raya. Tapi kesian la org2 tua mcm parents naz, skali diorang kata nak buang air, diorang bukan bleh tahan sgt kan?


Mana la ada tandas tgh2 hutan tu. Air plak limited gila. Makanan banyak la. tp nak makan banyak2 takot haus. Tapi time ni la baru paham cmne org Pantai Timur selalu balik kampung masa raya ke cuti skola ke. Tapi pnah ke mereka stuck cmni ek? 7 jam tak bergerak? ni la pengalaman menunggu paling mencabar buat naz. driving skill saya naik satu level lagi ;D